-Bak pawana diiring hujan
Harus sengsara menimpakan arthanya
Kepada jiwa manusia;
Sengsara yang memberi erti dan maksud
Kepada roh insani;
Dan kerana erti terwujud
Maka terwujud hak nan hakiki;
Hak yang bersetia kepada maujud jagat yang sejati,
Sebati dan senadi dengan zat Ilahi
Ilahi yang tercitra dalam rupa sarwajagat
Dan lebih akbarlah ia dari rupa nan zahiri
Kerana citra adalah zahiri sebagaimana ia batini
Dan Ilahi adalah awal sebagaimana ia akhir,
Muncul di bidayah dan juga nihayah
Ibarat cakra yang tiada berhenti.
No comments:
Post a Comment